KOTA BHARU : Sekelip mata anak-anak jadi yatim piatu, suami isteri ini maut dengan tragis tercampak diatas jalan raya dari kereta impak kemalangan apabila tayar kereta yang dinaiki mereka pecah.
Sinar harian melaporkan hasrat sepasang suami isteri untuk menjemput sanak saudara ke majlis kenduri tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh di Kampung Wakaf Tok Wali, di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Annuar Yahya, 55, dan isterinya Noriah Ismail, 52, menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wald dari arah Kota Bharu menuju ke Pasir Puteh.
Kemalangan itu berlaku apabila MPV itu dipercayai terbabas akibat tayar pecah lalu merempuh kereta jenis Proton Iswara di laluan bertentangan.
Bagaimana seorang anak perempuan dan cucu pasangan terbabit yang turut berada dalam kenderaan itu hanya cedera.
Menuru saksi kejadian, Ahmad Ismail Awang berkata, dia melihat kereta itu terbabas dan berpusing dua kali sebelum merempuh kereta Iswara.
"Saya lihat dua mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia serta-merta, seorang lagi anaknya tercampak atas kereta Iswara dan tersepit.
"Manakala seorang kanak-kanak masih berada dalam kenderaan selamat dan dibawa keluar oleh orang ramai," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, empat mangsa yang berada dalam kereta Iswara terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam pada itu, seorang lagi saksi, Zakaria Yakob berkata, ketika kejadian dia memandu dibelakang MPV dan melihat kenderaan itu secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.
"Mujur kereta Iswara yang dirempuh tidak laju, jika tidak kemalangan itu lebih buruk dan melibatkan mangsa korban yang ramai,"katanya.
Dalam pada itu suasana pilu ditempat kejadian apabila dua anak lelaki mangsa yang tiba di tempat kejadian tidak dapat menahan kesedihan.
0 comments:
Post a Comment