Thursday, 2 February 2017

Filled Under:

Sayu : Lelaki Temui Mayat Bayi Berbau Harum Dalam Tong Sampah (2Gambar)


"Bayi itu berbau harum meskipun mayatnya ditutupi sampah-sarap. Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu." kata seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di sini, yang menemui mayat bayi lelaki di dalam tong sampah.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan penghuni kediaman mewah itu.
Menurutnya, penghuni terbabit terserempak mayat bayi lelaki itu ketika mahu membuang bungkusan sampah di dalam tong itu.
.
"Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan. Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka."
"Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam," katanya.





0 comments:

Post a Comment