" Saya Hanya Perlukan Doa, Mohon Semua Pihak Untuk Mendoakan Kesihatan Suami Yang Saya Cintai Dunia Akhirat "
[=] Dia #wanita yang mendukung suaminya# adalah Roesmayanti, lulusan politeknik wanita yg selalu ceria, hampir tidak pernah mengeluh bahkan hingga kehari ini, meskipun menanggung derita yang sangat berat.
.
.
[=] Roesmayanti menceritakan pada kami ketika tahun 2015 lalu hampir bersamaan dengan kelahiran anak lelakinya yg pertama suaminya mengeluh rasa sakit di tekak yg teramat sangat.
.
.
[=] Setelah membuat pemeriksaan di hospital doktor mengesahkan suaminya mengidap penyakit Tuberkulosis TB sejenis penyakit pernafasan yang menular akibat infeksi disebabkan oleh bakteri yg lebih dikenali dengan batuk kering.
.
.
[=] Setahun berlalu, penyakit suaminya semakin hari semakin teruk hingga tidak boleh berjalan, bukan itu sahaja, suaminya juga terpaksa makan menggunakan paip yg di masukkan dari lubang hidung karana mulutnya sudah tidak boleh dibuka.
.
.
[=] Roesmayanti yg bekerja sebagai cikgu tuisyen bahasa inggeris terpaksa mengurangkan jumlah anak muridnya semata mata untuk mnguruskan suaminya yang sakit dan juga anaknya yg masih berusia setahun 3 bulan.
.
.
[=] Walaupun terpaksa menanggung beban itu, beliau tidak pernah meminta sumbangan atau derma kepada orang, beliau berjuang dan berusaha mencari nafkah seorang diri bagi mencarim kos perubatan suami dan juga keperluan anak beliau.
.
.
[=] Bagaimanapun dugaan yg menimpa Roes dan suami, beliau berkata” saya hanya perlukan doa, saya mengeluh pun tidak akan mengurangi beratnya masalah yang saya alami, lebih baik saya senyum, meskipun menyimpan seribu duka, sekurang kurangnya saya memberikan sedikit kebahagiaan bagi orang yang melihat saya senyum” kata beliau.
.
.
[=] Beliau yang enggan mendedahkan identiti penuhnya, memohon kepada ramai untuk mendoakan kesihatan suaminya yang tercinta.
Sumber Asal
0 comments:
Post a Comment