Tuesday 7 February 2017

Filled Under:

SAYU : SHARUL AMAT MEMINATI GINO .. DIA MAUT GINO NYA TERPUTUS 2 BERTEMBUNG MYVI (12GAMBAR)

Kuala Pilah : Identiti mangsa kedua yang maut dalam kemalangan awal pagi tadi di jalan Bukit Putus dikenali dengan nama Shahrul nizam Abu Hassan yang merupakan kakitangan Bank Rakyat  Kuala Pilah.

Arwah merupakan peminat kereta Gino ( kereta kelisa yang telah diubah suai mengikut model kereta jepun ), arwah pernah berhasrat untuk menjual sebahagian aksosari kereta nya melalui laman sosialnya.

Namun hari ini kereta kesayangan nya telah meragut nyawanya bersama seorang sahabat yang dikenali dengan nama zahari.










Bernama melaporkan dua lelaki maut manakala empat yang lain cedera parah selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah, hari ini.     

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Shariff berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.10 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.  
  
"Sebaik sampai di lokasi kemalangan, mangsa kemalangan sudah dikeluarkan orang awam.    

"Didapati pemandu dan penumpang Perodua Kelisa maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu seorang lelaki dan tiga wanita cedera parah," katanya. Al fatihah 




0 comments:

Post a Comment