Tuesday, 25 April 2017

Filled Under:

TERKINI !!!! Innalillah, Punca Sebenar Mamat Khalid Dikejarkan Ke ICU Hari Ini !

Innalillah, Punca Sebenar Mamat Khalid Dikejarkan Ke ICU Hari Ini !

PENGARAH filem terkenal, Mamat Khalid, dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di ibu kota selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 9 pagi, semalam.
Menurut isterinya, Hasmah Hassan, Mamat kini bagaimanapun sudah berada dalam keadaan stabil, namun masih lagi dipantau doktor ekoran tekanan darahnya yang tinggi.
“Suami saya mengadu sesak nafas kira-kira pukul 9 pagi tadi. Bimbang dengan keadaan kesihatannya, kami terus membawa Abang Mamat untuk mendapatkan rawatan.
“Lagipun, malam sebelumnya, Abang Mamat menghadiri majlis pratonton filem terbarunya, Lebuhraya Ke Neraka, dan pulang lambat ke rumah,” katanya kepada BH Online.
Dalam perkembangan terbaharu, anak Mamat yang dikenali Sarah bagaimanapun memaklumkan bahawa bapanya berkemungkinan akan pulang petang hari ini.
“Semalam, tekanan darah abah memang tinggi. Alhamdulillah, hari ini dah turun.
“Abah sepatutnya admitted sehingga Selasa, bagaimanapun dia memilih untuk berehat di rumah,” katanya kepada Mynewshub.
Tambahnya, doktor juga menasihati agar bapanya tidak menerima kunjungan pelawat buat masa ini memandangkan dia memerlukan rehat secukupnya.
Pada November 2014, Mamat, 54, atau nama sebenarnya Mohamad Mohd. Khalid pernah dimasukkan ke ICU selepas mengalami masalah jantung tersumbat.
Mamat bakal muncul dengan karya filem terbaharunya, Lebuhraya Ke Neraka, yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 4 Mei depan.
Filem itu menampilkan barisan artis hebat seperti Datuk Awie, Khir Rahman, Dazrin Kamarudin, Shah Jaszle, Miera Leyana dan Fatin Syahirah.




0 comments:

Post a Comment