Sunday, 23 April 2017

Filled Under:

Abah dan mama pergi dulu .. 10 jam bertarung nyawa dua guru suami isteri ini dijemput ajal (6Gambar)

Kemaman : Sepasang suami isteri yang merupakan guru meninggal dunia awal pagi tadi setelah bertarung nyawa lebih 10 jam di zon merah Hospital apabila terlibat dalam kemalangan dihadapan Kedai Makan Selawa selepas Balai Polis Merchang pada pukul 7 petang semalam.

Dalam kejadian itu  Cikgu Badrul Hisyam bin Omar yang mengajar di SK Binjai Kemaman dan Isteri Cikgu Noor Amalia binti Noorzan yang mengajar di SK Sultan Ismail bersama 4 anak nya telah terlibat dalam kemalangan yang mana kereta mereka jenis Toyata Wish bertembung dengan sebuah kereta lain yang mana 4 anak nya juga turut cedera dalam kejadian itu.




Kedua-dua jenazah dijangka dikebumi di Kuala Terengganu, seorang anak mereka dilaporkan kritikal tapi stabil manakala 3 org lagi di Wad Biasa.
Mereka memiliki sebuah rumah di Kg Tempurung berhampiran Sekolah Memandu, kedua-duanya merupakan dua org guru komited yang telah lama berbakti dibumi Kemaman.
Apa yang mengundang pilu kini ke empat anak nya telah yatim piatu sama-sama kita doa agar mereka cepat sembuh sungguh berat dugaan yang mereka terima kehilangan ayah dan ibu dalam usia yang masih kecil, punca kejadian sebenar kemalangan terbabit masih disiasat oleh pihak berwajib. Al fatihah 




0 comments:

Post a Comment