Rembau : Sepasang suami isteri tidak dapat menahan sedih apabila anak kesayangan maut diperjalanan ke tempat kerja nya di Pos laju Seremban.
Mereka yang tiba ditempat kemalangan yang melibatkan motosikal arwah anak nya dengan sebuah kereta jenis perodua Myvi.
Suasana pilu apabila ibu melihat jasad anak nya yang diangkat oleh anggota keselamatan dan perubatan dari cerun tempat arwah maut tercampak semasa dilanggar kereta tersebut.
Bapa nya juga sempat membelai jasad anaknya sambil sama-sama mengangkat jasad anak nya ke kenderaan polis untuk di hantar ke Hospital untuk tindakan lanjut.
Akhbar melaporkan seorang kerani Pos Laju maut tercampak ke dalam longkang selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 14.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Mohd Nur Hafiz Abd Razak, 25, dalam perjalanan dari Desa Permai Pedas ke tempat kerjanya di Seremban.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazrul Ekram Abu Shari berkata, berdasarkan siasatan awal kemalangan itu membabitkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Produa Myvi dan motosikal Honda EX5 yang ditunggangi mangsa .
“Susulan kemalangan itu, mangsa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi.
“Siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dijalankan. Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat,” katanya.
Semoga kedua ibu bapa ini tabah dengan dugaan ini , siayah gagahkan diri mengangkat jasad anak nya buat kali terakhir. Al fatihah
0 comments:
Post a Comment